http://www.youtube.com/watch?v=o8NGPOgLrL8
hahaha..tetiba je kan ter haru...ni nak kongsi ngan korang la kan..de org lagu ni kat kita...cuba hayati lirik lagu tu..sedih+terharu..
Friday, 6 July 2012
Monday, 27 February 2012
Sorry sory..............
lama btol x menghapdet blog ni....sunyi btol,dh byk tikus-tikus lam blog ni..hehe
...........................................busy bebenor kan..........................................................
kalah pm...pm kita pun slalu gak updated dy punyer twitter...................................
............................................................hahaha.........................................................
Tuesday, 13 December 2011
Menghitung hari..
hai..dah lama i x online.cowi blog ,i teramat bz lately ni..
lagi 17 hari lagi..
sekian, terima kasih..
Sunday, 20 November 2011
Nightmare!!!
Sejak akhir-akhir ni nape aku susah sangat nak tdo eh...lau tak tdo lam kul 10 tu,pas kul 12 malam mula la..mata ni xnak lelap...apa yang tak kena ni....hmm...keje pn keje jgk takkan smpai ganggu tido aku..adui...semalam xdapat tdo aku layan la movie smpai kul 4 pagi...hahaha..karut betoi...nak ganggu my cayang lau aku call pn xkan berangkat la..tdo mati katakan..cian jgk dy keje pagi....elehhh aku ni keje jgk,pagi petang ape....xdr orang kesian pon..siap ari minggu overtime lak ...xdr rehat kan...keje mngalahkan gaji berjuta lemon....
ehh..apa aku mngarut ni..hahaha...just nak ilangkan ngantok tu yang rajin nak merapu kat sini...curi-curi masa kat ofs berblog cekejap...tenet 24 jam..shuke shuke...
rindu kat dak bucuk ni..comei gilerr..hahaha
mama dy cakap dy ngam dgn aku..dy xbyk ragam bila aku pgang.. :P
perasaan....hohoho
tiba-tiba perasaan jdi homesick!!
lagu tanpa arah tujuan..
Sunday, 13 November 2011
Makanan Yang Wajib Diambil Setiap Hari
MAKAN MERUPAKAN PERKARA PENTING UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN HIDUP. NAMUN PERSOALANNYA DI SINI, ADAKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN SETIAP HARI ITU BENAR-BENAR SIHAT? BELUM TENTU... JIKA KAMU INGINKAN KEPASTIAN, JOM KITA INTIP JENIS-JENIS MAKANAN YANG MEMBERIKAN MANFAAT BANYAK BUAT TUBUH KAMU.
1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.
2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.
4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.
5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.
7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.
EHSAN REMAJA,TQSM

Thursday, 3 November 2011
Ceritera ceritaku
Dah hampir sebulan aku bersendirian...tido sesorang,makan malam sesorang,cakap pon sesorang,pk menda pon sesorang..huh sungguh memilukan hati , jika dipikirkan memang sedih..ase mau pegi pantai jerit kuat-kuat lepaskan tension tahap gaban ni...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh....
actually, semua rakan sekerja aku dah berhenti..semua u ollls...tinggal aku sesorang je..setia giler...huh..dorang semua berhenti ada sebab tertentu yan tak dapat dielakkan.. aku mulanya merancang begitu la jgk nak berhenti..tapi bila pk kan balik ase kesian,ase nak tolong koperasi aku lagi..aku boleh tolong setakat yang aku mampu je la sebagai pekerja..
alhamdulillah semua gaji aku dan kawan-kawan ari tu dh lepas..staff baru pon dah dapat..beruntung ye dorang..keje lom sampai sebulan dah dapat gaji..rezeki alhamdulillah..koperasi aku dah makin maju an insyaallah akan maju lagi di masa hadapan.
aku dapat kawan baru...hahaha...staff baru..dorang sungguh sporting..baru kenal ase cam dah lama kenal..best kot...thaks u olls..
tu je la aku nak cite setakat ni..aku xreti nak mengarang..lau yang baca a yang pening-penin lalat sory la k..hehee
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..tengah menghitung waktu nak balik kampung..so excited..
Friday, 28 October 2011
Singgah sebentar
hellooooooo...lama xjumpa......a lot of work right now...so tired..so busy...like what..like my work..hoho
that's all for now..bye..see my blog again foe another time...

Thursday, 22 September 2011
Jiwa tersentap..
tak sangka hari jumaat yang mulia tetiba lak jiwa tersentap..... hmmm
aku cuma tanya , tak perlu la nak marah ....tau la exam ..tension kot, kan.. tapi patut ke aku yang jiwa lembut ni di marahi ( xsdar diri ke ape aku ni ,lembut ke?? huhu ).. nasib xdak orang kat ofis ari ni.. nasib baik jugkla air mata aku ni tak meleleh laju-laju... arghhh...sabar je la.

Tuesday, 13 September 2011
Selamat pagi cinta
entry xbole bla....masih di bulan syawal kan ...tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya uollsss,maaf zahir dan batin....hehe..ampunkan segala kesilapanku ,yang terkasar bahasa, yang tersombong, bukan ku sombong tapi ku pendiam bila xdr modal nak bercakap.. yang dh kenal tu paham-paham la eh...hoho..
Xdr ape nak cite pon..just nak lawat blog sendiri je,yang selalu dibiarkan tanpa entry baru... tu la org buat blog kita pon gatal gak nak buat blog.. ikut zaman it kan...hohoho..sengal tol..
raya tahun ni xdr gambar-gambar pon..nga adik badik pon xdr bergambar sekali,just nga ehem-ehem je.. tu pon dy yang datang umah..
meh nengok cikit gambar raya aku...

ni adam aryan cute mute,,time ni baru 12 hari....anak ke-2 mak su n paksu,harap-harap yang ni xnakal macam abang dia la...hehe
eh ada jugk ni gmbar with my mom n my brother...haha
nasib ada adik-adik yang like amik gambar..ma ksih ye.
ek eh..ada gak gambar mak cik...ce teka sape ..haha
wajib kena letak ni..
tu je la uaolllss..just nak tunjuk-tunjuk time raya ku..dan blog aku x kesunyian ...
Monday, 22 August 2011
Selamat Hari Raya!!!!
uittt dah lama bebeno aku x menghapdet aku punya blog ni....bz plus malaz kot..huhu
sepanjang bulan ramadhan ni aku bz la ckit...uruskan Program pemutihan warga asing ni...lebih kurang 2 minggu awl pose tu aku ulang alik ke Shah Alam..penat xterkira la..then minggu ke-3 kitaorang p buat kat Cameron highland...alang-alang menyeluk pekasan bio la ke sampai lengan kan....hahahhaa..Koperasi aku sebagai majikan ,dengan niat yang baik ingin membantu warga asing yang ingin bkerja di Malaysia wajib ada majikan..lau tidak dorang akan dihantar pulang....kesiannkan...
meh aku share ckit kerja aku kat Cameron hari tu.....
tengok besar x aku dapat stoberry...hehe
ni geng aku...bertiga je skrg...sorg lagi tu bru je benti...lain asenya..:(
with boss n his family....peace :P
ni mase aku kat ladang teh ..bos yang bawak terpaksa la naik jgak..kami dh penat dah nak jalan ni..naik je kat ats...guide tu kata dy boleh bwk org lam kul 3.15 kot...kami pon wat la rancangan jahat.. duk je kt kerusi kat situ...sampai masenya xmasuk pon..hahaha...dak ni cakp masuk tp xmasuk pon...jaat tol..aku kt belakang diam je...xmampu nak bersuara bulan pose ni...tahan gelak memang memenatkan..semput den...haha
Wednesday, 27 July 2011
Wednesday, 20 July 2011
Kisah Hati
Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta …
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..
Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?
Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Sunday, 10 July 2011
Peristiwa 9 Julai 2011
MUHASABAH DIRI SENDIRI
Dalam sedar tak sedar ada juga ada juga seseorang yang menyedarkan aku akan beberapa hal..
1. DIA kata ku ni boros,pantang duit sikit mula la nak joli..(dengan perasaan yang sedih plus terharu aku dengar jela bebelan darinya..) =betula tu perangai aku mcm tu=
2. Suka nak jaga hati orang ,hal sendiri tak fikir pon..tau nak ikot je.. =hmm..astu macamana kita hidup ni kena tolong orangkan,takkan nak pentingkan diri sendiri,g tengok wayang je,bknnya selalu :( (kata dia: tau ,tp tgkla keadaan kita tu mcmana,ada duit tu simpan la sikit,ingat kita bukan budak-budak lagi,dah besau dah,sikit lagi nak kawin) :P dengan ayat nak kawin hati tetiba berbunga ..heee...toink!
3.Janganla degil,cuba dengar ape yang orang cakap ni.,opsss =nak dengar boleh ape yang abg cakap tu,tp tgkla abg yang abg buat kat ayang =tengok ade jugak benda yang dy nak melawan ni.....ape yang patut i dengar i dengar dan amik sebagai pengajaran..tp lau ubah perangai sesorang pon...xder maknanya...
Orang lain p bersih kat KL kitaorang p bersih kat Wangsawalk..huhu..
Tuesday, 28 June 2011
Hello
hmmm..dah lama benar aku tak updated blog ni...dh kusam dah..nak kena touch up entry baru ni..:P
seminggu yang lepas aku balik kampung.. Selama 5 hari juga la aku tak online..huhu...tak de menda nak story sebenarnya..haha..actually aku amik cuti rabu,khamis je..sabtu ahad memang cuti la kan... jd la 4 hari kan...bila dah berhari-hari kat rumah mula la malas nak balik ke tempat kerja..pergi beli tiket bus pun hari ahad..kononnya malam tu boleh balik kuala lumpur la...dengan muka ceria pergi la kat kedai orang jual tiket bus sani tu...(ape ntah nama komensil tempat..xtau :P..)..aku bertanya: kak,tiket untuk malam ni da tak??...akak itu menjawab: kejap ye dik ( adik ke..haha) akak nak tengok dulu..aku jawab: okey....akak sani tu jawab: mmm..untuk malam ni bus sani dah penuh la dik...untuk malam ada la... aku jawab: ooo...xpe la kak,malam esok la...hahaha....tanpa berfikir panjang tu terus jawab malam esoknya..tak nak plak cari tiket bus lain kan...padahal berderet je kedai tiket bus yang lain sebelah tu..siot betol...hahaha..saje je kan nak tambah hari kt umah..hati ku gumbira!!!! lalala......sambil fikir alasan ape nak bagi kat bos ni... =) ....berterus terang lebih daripada menipu..tol x??? cakap je la tiket bus xdr kan kan kan...
ni aku heret sekali dak udoh ni p bandar Kota Bharu...hahaa....
bertemankan my sayang...(eh,,lain mcm je akak sebelah tu tgk..takot i....) xsangka lak bjunya sama colour dengan scarf aku...xder plan pon..hehee
ni dia...haha..muka aku pucat kot...dah la xcantikk..ishh..(time ni mmg tak berapa nak sihat pon...biasala orang tua..kihkih)..
itu jela gambar yang aku amik dalam keadaan yang sopan...hee..
tu la sebab cuti aku bertambah sehari...
Wednesday, 8 June 2011
Pelamin Anganku
Cuti-cuti sekolah ni banyakla majlis kahwin..Pastu aku mula la gelisah 'bila aku nak ada duit ni '...'mak nak kahwin'..hukhuk..mak aku dh siap pesan dah ,nak kahwin ti bia habis degree dulu..mak oii...ntah bila la tu...nampakya tak kahwin la aku ni..itu kata mak aku,kata aku xkira-kira nak kahwin jugak..degil betoi!!
meh imbas cikit pelamin angan ku...aku suka yang simple je..xnak sarat-2 sangat..
Ni cantik kan,i like it!!
ha..ni warna kegemaran aku..pink,putih,hijau...alam flora gitu...huhu :P
ni sangat simple but nice..muatla dalam rumah aku nanti...huhu
ha..ni pun cantik..leh wat kat depan umah tu nanti..lain dari yang lain...hee
Cantik,lawa..tp kena duk asing lak nga my sayang nanti..hee
ni pun cantik pelamin bawah khemah..like like like...
buat aku xsabar nak kahwin je....
Doa-doa aku n my sayang cepat kahwin ye..
Monday, 6 June 2011
Homesick
Rindunya kat keluarga aku kt kampung ..dah lama asenya tak balik..rindu kan celoteh-celoteh adik-adik aku..rindu nak gaduh nga dorang..aiii...time demam-demam ni la nak teringat kat semua..time sihat hampeh bersuka ria je tau ..haha(ops ada ingat juga tau)
aku n adik bongsu(daniel) cute mute umurnya baru 4 tahun...mulut cam pompuan..banyak tanya..semua benda dia nak tnya..suka melawan cakap mak dak ni..ari tu mak aku ada marah dia sebab dia tak dengar cakap..nak tau dia reply ape kat mak aku(mak ni selalu marah adik..sambil wat muka slamber dek dia tu) mak aku yang nak marah pun boleh tergelak..ehhh budak zaman sekarang ni...rindunya kat budak udoh ni...hukhuk.
aku tak suka call kuarga kt kampung..nak tau nape..sebab lau aku cakap nga mak aku ade je ayaq mata ni nak meleleh tak tahan doh..sebak semacam je...huhuhu..tu sebab pape hal aku mesej je nga mak aku..
ni time aku balik awl tahun ari tu..cuti practikal kot..lupa la..panaroma sawah bendang siang-siang ni cantik auwww..lau musin sawah padi menghijau lagi cantik kan..
Nie aku with my mom yang comel lote ni..hehehe...anak-anak mak aku ni lebih tinggi dari dia tau..semua ikut abah tinggi-tinggi..tp adala dua tiga orang adik aku ikut ketinggian mak aku ni...hehehehe
ni kat pantai irama,bachok...dekat nga umah atuk aku..rindu nak mandi laut..tapi aku fobia sedikit bila tringat tsunami walaupun pantai ni tak kena pon..hahaha
ni adik-adik puan aku...cute mute je..hahaha
Thursday, 2 June 2011
Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun
Jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut dengan mereka.
Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
Jika kita suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki itu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.

ku tujukan kepada sesiapa yang pernah kena maki...banyak-banyak bersabar la ye...
Cabaran Hidup
Aku nak cite boleh???...tentu boleh kan..ni kan ruangan hati aku ..pesal lak xboleh...Sape nak halang aku..hmm..Ape yang jadi semua aku yang tanggungkan...
Tengok kucing ni pun tau sedih ..ni kan kita manusia yang ada otak fikiran yang boleh berfikir...(comei :P)..Actually aku sebenanrnya tak suka sangat nak marah orang..dan aku pantang orang marah aku tanpa usul periksa.. Satu lagi aku lg pantang orang men tolak-2 kepala ,kononnya dh bagtau yang dia ada kuasa la nak men tolak-tolak kepala aku..lau ye pon marah INGAT la sikit kepala aku bukan boleh di tukar ganti mcm baju tu..Lau ada adik aku buat cam tu pun aku marah..siap merajuk berkurung dalam bilik pulak...By the way..hal ni dh lama berlaku beberapa bulan yang lepas,oleh kerana ...... . Terpaksa la aku pendam perasaan amarah ni.. Aku bukan suka ungkit perkara-perkara yang lepas kecuali la lau da orang mengingat aku kembali tentang hal-hal yang dah lama..benda dah nk lupus dh pon..
sEdih kan ..hukhuk..macam ni la asam garam hidup aku Selama aku hidup ni..Sesape pn sama je kan..ada tika sedih ,gembira kan kan kan...xpayah la nk cite sal idup orang lain tu kehidupan dorang sekarang kehidupan aku..mcmana???? TOLONG JAWAB!!.. siut je kan...xdr sape pn leh jawab kecuali Allah s.w.t dan aku sendir yang menjawab...
Kadang-kadang hidup dalam kesedihan ni sungguh menyakitkan,banyak penyakit datang mengerumuni kita ni hanya Dia yang tahu segalanya...:(
Lau xdifikirkan tentang masalah lama memang takkan selesai pn kan...
Petang-2 ni tetiba ase sedih lak...pe menda aku ntah citer kat entry kali ni...lau xfhm tu ..buat-buat paham la ek...
Friday, 20 May 2011
Lelaki-lelaki Subuh
Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?
Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya?
Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan..
Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini;
Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau?
Jika ya, syabas diucapkan. Jika tidak, ayuh kita sematkan azam bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini. Boleh bukan?.
Soalan kedua pula, kesinambungan dari soalan pertama..
Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan? Membaca Al Quran? Bagus jika ya.. selepas itu? Oppss, alamak.. saya tertidur.
Insya-Allah, hadirnya saya menulis disini adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerana banyak input menarik yang boleh dirungkai dan dikupas bersama.
Walaupun pada mulanya program ini hanyalah untuk para peserta, tetapi saya dan fasilitator lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan' menarik saya dan yang lain untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih Dr. Ariff.
Rakan-rakan sekalian..
Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?
Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuh. Aduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.
Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.
Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.
[rujuk surah Al - Falaq]
"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"
"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"
"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"
"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."
Jadi, mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah. Insya-Allah!
Selain itu, saya pasti ramai yang mengetahui bahawa waktu subuh bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham. Jika anda tidak percaya, cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh.. pasti idea dan solusi-solusi bernas akan timbul. Begitu juga satu jam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain. Namun harus diingat, niat itu yang terutama.
Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" sedarkah bahawa setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat. Bagaimana?
Kita gambarkan melalui satu analogi..
Pelajar yang berniat menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan. Hasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ya.. ayuh kita perbetulkan niat!
Pesan ayah..
"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan tak bagus, diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja. Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat.. akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah?"
Tersentak saya seketika, lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...
Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, ketika itu saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, 'Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir'. Didalam bab 21 iaitu 'Salah faham tentang islam', beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.
"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?
Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung. Ini adalah kerana akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka juga menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri.
Dr Yusuf Al Qadrawi pernah memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam!
Maka ayuh, kita jadikan ia sebagai motivasi agar kita boleh menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu.
Pesan Imam Hassan Al Banna
Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.
Alhamdulillah.

Subscribe to:
Comments (Atom)