Sunday 20 November 2011

Nightmare!!!

 Sejak akhir-akhir ni nape aku susah sangat nak tdo eh...lau tak tdo lam kul 10 tu,pas kul 12 malam mula la..mata ni xnak lelap...apa yang tak kena ni....hmm...keje pn keje jgk takkan smpai ganggu tido aku..adui...semalam xdapat tdo aku layan la movie smpai kul 4 pagi...hahaha..karut betoi...nak ganggu my cayang lau aku call pn xkan berangkat la..tdo mati katakan..cian jgk dy keje pagi....elehhh aku ni keje jgk,pagi petang ape....xdr orang kesian pon..siap ari minggu overtime lak ...xdr rehat kan...keje mngalahkan gaji berjuta lemon....
ehh..apa aku mngarut ni..hahaha...just nak ilangkan ngantok tu yang rajin nak merapu kat sini...curi-curi masa kat ofs berblog cekejap...tenet 24 jam..shuke shuke...



rindu kat dak bucuk ni..comei gilerr..hahaha
mama dy cakap dy ngam dgn aku..dy xbyk ragam bila aku pgang.. :P
perasaan....hohoho
tiba-tiba perasaan jdi homesick!!
lagu tanpa arah tujuan..

Sunday 13 November 2011

Makanan Yang Wajib Diambil Setiap Hari

MAKAN MERUPAKAN  PERKARA PENTING UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN HIDUP. NAMUN PERSOALANNYA DI SINI, ADAKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN SETIAP HARI ITU BENAR-BENAR SIHAT? BELUM TENTU... JIKA KAMU INGINKAN KEPASTIAN, JOM KITA INTIP JENIS-JENIS MAKANAN YANG MEMBERIKAN MANFAAT BANYAK BUAT TUBUH KAMU.
1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi  banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.
2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.
4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai  dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.
5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam  mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat  tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.
7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

EHSAN REMAJA,TQSM

Thursday 3 November 2011

Ceritera ceritaku

Dah hampir sebulan aku bersendirian...tido sesorang,makan malam sesorang,cakap pon sesorang,pk menda pon sesorang..huh sungguh memilukan hati , jika dipikirkan memang sedih..ase mau pegi pantai jerit kuat-kuat lepaskan tension tahap gaban ni...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh....
actually, semua rakan sekerja aku dah berhenti..semua u ollls...tinggal aku sesorang je..setia giler...huh..dorang semua berhenti ada sebab tertentu yan tak dapat dielakkan.. aku mulanya merancang begitu la jgk nak berhenti..tapi bila pk kan balik ase kesian,ase nak tolong koperasi aku lagi..aku boleh tolong setakat yang aku mampu je la  sebagai pekerja..
alhamdulillah semua gaji aku dan kawan-kawan ari tu dh lepas..staff baru pon dah dapat..beruntung ye dorang..keje lom sampai sebulan dah dapat gaji..rezeki alhamdulillah..koperasi aku dah makin maju an insyaallah akan maju lagi di masa hadapan. 
aku dapat kawan baru...hahaha...staff baru..dorang sungguh sporting..baru kenal ase cam dah lama kenal..best kot...thaks u olls..
tu je la aku nak cite setakat ni..aku xreti nak mengarang..lau yang baca a yang pening-penin lalat sory la k..hehee 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..tengah menghitung waktu nak balik kampung..so excited..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...