Thursday, 2 June 2011

Petua Menangani Orang Yang Suka Memaki Hamun

Jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa saja takut dengan mereka.

Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.

Jika kita suka memaki-maki, latih diri untuk kawal sikap itu untuk kebaikan diri kita sendiri. Jika anda mendengar orang memaki-maki atau anda kena maki, istighfar cepat-cepat supaya anda tidak naik marah atau berdendam dengan orang yang memaki itu. Bila kita simpan dendam lama-lama, kita yang befikiran positif pun akan bertukar jadi negatif.


 
 
ku tujukan kepada sesiapa yang pernah kena maki...banyak-banyak bersabar la ye...

Cabaran Hidup

Aku nak cite boleh???...tentu boleh kan..ni kan ruangan hati aku ..pesal lak xboleh...Sape nak halang aku..hmm..Ape yang jadi semua aku yang tanggungkan...
Tengok kucing ni pun tau sedih ..ni kan kita manusia yang ada otak fikiran yang boleh berfikir...(comei :P)..Actually aku sebenanrnya tak suka sangat nak marah orang..dan aku pantang orang marah aku tanpa usul periksa.. Satu lagi aku lg pantang orang men tolak-2 kepala ,kononnya dh bagtau yang dia ada kuasa la nak men tolak-tolak kepala aku..lau ye pon marah INGAT la sikit  kepala aku bukan boleh di tukar ganti mcm baju  tu..Lau ada adik aku buat cam tu pun aku marah..siap merajuk berkurung dalam bilik pulak...By the way..hal ni dh lama berlaku beberapa bulan yang lepas,oleh kerana ...... . Terpaksa la aku pendam perasaan amarah ni.. Aku bukan suka ungkit perkara-perkara yang lepas kecuali la lau da orang mengingat aku kembali tentang hal-hal yang dah lama..benda dah nk lupus dh pon..
sEdih kan ..hukhuk..macam ni la asam garam hidup aku Selama aku hidup ni..Sesape pn sama je kan..ada tika sedih ,gembira kan kan kan...xpayah la nk cite sal idup orang lain tu kehidupan dorang sekarang kehidupan aku..mcmana???? TOLONG JAWAB!!.. siut je kan...xdr sape pn leh jawab kecuali Allah s.w.t dan aku sendir yang menjawab...
Kadang-kadang hidup dalam kesedihan ni sungguh menyakitkan,banyak penyakit datang mengerumuni kita ni hanya Dia yang tahu segalanya...:(
Lau xdifikirkan tentang  masalah lama memang  takkan selesai pn kan...

Petang-2 ni tetiba ase sedih lak...pe menda aku ntah citer kat entry kali ni...lau xfhm tu ..buat-buat paham la ek...

Friday, 20 May 2011

Lelaki-lelaki Subuh

Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?
Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya?
Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan..
Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini;
Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau?
Jika ya, syabas diucapkan. Jika tidak, ayuh kita sematkan azam bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini. Boleh bukan?.
Soalan kedua pula, kesinambungan dari soalan pertama..
Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan? Membaca Al Quran? Bagus jika ya.. selepas itu? Oppss, alamak.. saya tertidur.
Insya-Allah, hadirnya saya menulis disini adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerana banyak input menarik yang boleh dirungkai dan dikupas bersama.
Walaupun pada mulanya program ini hanyalah untuk para peserta, tetapi saya dan fasilitator lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan' menarik saya dan yang lain untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih Dr. Ariff.
Rakan-rakan sekalian..
Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?
Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuh. Aduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.
Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.
Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.
[rujuk surah Al - Falaq]
"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"
"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"
"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"
"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."
Jadi, mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah. Insya-Allah!
Selain itu, saya pasti ramai yang mengetahui bahawa waktu subuh bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham. Jika anda tidak percaya, cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh.. pasti idea dan solusi-solusi bernas akan timbul. Begitu juga satu jam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain. Namun harus diingat, niat itu yang terutama.
Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" sedarkah bahawa setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat. Bagaimana?
Kita gambarkan melalui satu analogi..
Pelajar yang berniat menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan. Hasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ya.. ayuh kita perbetulkan niat!
Pesan ayah..
"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan tak bagus, diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja. Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat.. akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah?"
Tersentak saya seketika, lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...
Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, ketika itu saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, 'Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir'. Didalam bab 21 iaitu 'Salah faham tentang islam', beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.
"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?
Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung. Ini adalah kerana akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka juga  menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri.
Dr Yusuf Al Qadrawi pernah memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam!
Maka ayuh, kita jadikan ia sebagai motivasi agar kita boleh menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu.
Pesan Imam Hassan Al Banna
Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.
Alhamdulillah.

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu

Dah aku tak melawat blogs aku ni...bz ckit..buat menda ntahla ...huhu..hari ini hari ibu kan...aku dah wish dh kt my mom..pagi-pagi lg ..hahaha..tak pagi sangat pun...tapi kan mak aku pulak yang ingatkn aku untuk doakan dia..tak mengenang budi btol anak di ni...meh aku tunjuk sikit my mom..
 ni my mom...ni gambar aku masa konvo ari tu 21/04/2011..
tak boleh nak tulis banyak ni...masih bekerja..t ada msa aku sambung lagi.

Monday, 18 April 2011

Kisah yang pelik..

Pasa 18/04/2011 aku diarahkan oleh untuk menjalani kursus penyediaan laporan tahunan koperasi dan aku perlu bermalam ditempat  kursus tu selama 3 hari 3 malam..Pada 17/04/2011 jam 4.00 petang aku bersiap-siap la nak bertolak..opss tp aku xpergi berseorangan pon..aku pergi dgn iqa...lam kul 5.00 jgkla kitaorg bersiap..dah siap tu kitaorg trunla dari tingkat 3 ke tingkat bawah dengan beg besar lak tu..nasib bek beg ada roda..kitaorg pegi dgn nek train je.. jaunhya leh thn gak la..tp kitaorg singgah mkn jap kat kedai makan depan jusco wangsamaju tu jap..yg kedai warna kuning tu la..aku order nasi puteh + tomyam + telur dadar...banyak x aku mkn..iqa lak order nasi puteh+ telur bistik...makan mewah tol kan..heee..pastu lam kul 6 kitaorg siap mkn..jalan ke LRT...ala kenderaan pnjang cam ulat tuuu...u all kenal kan...kitaorg naik tu la..lam kul 6.15 kot kitaorang naik bnda alah tu..naiikkkkkk laaaaaaa sampaaaaaaai ke taman jaya....rancang nk singgah amcorp mall jap..pk nak nek teksi ke nak jalan kaki je..tp beg masing-2 berat ni...last buat keputusan nek teksi je la pg amcorp dpn tu je..bagi la RM3 kat pakcik  teksi tu...Sampai sana ..tak pegi ronda dlu..iqa nak beli beg..pg la tgk..tgk punya tgk dgn aku sekali tersangkut...lama gak la nak wat keputusan nak beli tu..kira nak bajet la kan..haha
...iqa satu aku satu warna je yg lain..mcm tu la kami lau beli barang..mesti nak sma..huhu..dah siap beli..kitaorang     
berangkat la ke tempat kursus kitaorg Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)..ACTUALLY ...tu tempat kitaorg belajar dulu..sekarang dh jd tempat kursus pulak..dan kitaorang akan konvo pada 21/04/2011 di Hotel Crystal Crown nanti..
Berbalik kisah bilik tu lagi...lepas tu kita orang amik teksi la nak ke MKM.. RM 6.00 lg melayang....haha...
ok sampai je mkm kami pergi buat pendaftaran..dapat la bilik nombor 301 kami naik la..dh jumpa bilik masuk la..siap mandi.iron baju semua...nak online xdr wifi ...tgk la mnetor dlu start kul 9 sampai kul 10.30...rancang lepas habis mentor nak g online kat hall la....dah 10.30..kami pegi la kat hall cari wifi...dapat la jgk walaupun ciput je..online la..astu jumpa dgn peserta krusus ..borak-borak la jgk..Sempat ag beli VCO catalyst..dah penat dah online ,,nak balik bilik la..kunci bilik dah bawak..tp nak bukak tu xboleh la plak..try  punya try xboleh jgk..kitaorg try panjat la..tgk ape yg xkena..pnjat guna kerusi je pada mulanya..try nk gna kain nak bkk dari dalam tp xboleh jgk..
terpaksala pgl peserta krusus lain mntak tlg..tp xbolh jgk..dgn bunyi anjing yg menyalak lain mcm je..(paham-2 jela mcmana,la dh lain tu kan) seram kot..akhirnya aku dengan iqa pergi pgl pengawal keselamatan..dy try la bukak dgn kad..boleh la plak..tp kitaorang amik keputusan xnak duk lam bilik tu lg..malam tu jgk tukar bilik duk floor 2...dalam pukul 1 pagi jgk la kitaorg settlekan mslh tu...
tibanya pagi esok..jubmpa la dgn orang domestik kat MKM ni... dia tanya 'bukan ke bilik ko  L301,bukan LD 301..tapi aku bagitau dia ..lau bilik tu bkn bilik kitaorg kenapa boleh buka dengan kunci yang dia bagi tu...Antara pelik dah benar,,fikir-fikirkanlah..apakah hikmah diatas perkara yan berlaku itu..hairan aku...

Wednesday, 6 April 2011

Hati gelisah



Jika cinta sejati seringkali harus diuji dari sebuah kesendirian
Kumohon kali ini pada Tuhan untuk tidak memberi hambanya ujian
Bukan ku tidak ingin membuktikan
Hanya saja kuingin sungguh… bahagianya kurasakan

Jika cinta sejati kerapkali harus melalui beribu rintangan
Kumohon kali ini pada Tuhan untuk memberiku sedikit kelapangan
Bukan ku tidak mau berjuang dan bertahan
Niat putih juga butuh waktu untuk diwujudkan

Monday, 4 April 2011

Bila Ada Penyakit Mengantuk

Arghh..mengantuk tahap gaban ni ...pagi petang siang malam ase mau tdo je..x kira duk mana pon...lau dh mgantuk cam ni la jadinya..apesal leh jd cam ni ek..
kat opis leh tdo tido...tp xketerlaluanla..lau aku tido dengan secara sopan la...kihkihkih..
ni contoh mgantuk tahap gaban ni...comel vs melampau...heee
atas lappy pon leh tdo eh..dasyat...

omg....ni msti keje siang malam ni..tido sampai cam tu skali..lagi dasyat...

ha..lau korang nak tau..mcm ni la aku tdo...comel x..comel sangat...hehee
kat opis xleh tdo cam ni..
t xpasal-pasal bos join skali..haha





dulu aku ada jual ubat thn mengantuk.....tp aku jual je..aku x pakai ma aku yang pakai...haha
nak tau sbb ape aku xpakai...
sebab aku lebih rela lg tdo...:)
best ape tdo ni....

Thursday, 31 March 2011

APRIL FOOL: Hari umat islam di bunuh!

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada  sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai  hari ‘April Fool’. April Fool  adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool  yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Sumber: http://www.mykhilafah.com/artikel/2070-april-fool-hari-umat-islam-dibunuh

Thursday, 24 March 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

aku tertarik nga contest ni..ni aku amik dr blog org hehe..meh nk link ckit DANIEL ADIE...eh tp korang cri la nma tu..aku lupa lak...(padahal mmg xtau pon) kihkih...tp ladiesnya lom ada lg...aku nk try la jgk ....nath dpt msuk ke x ni...
ha..alamak kantoi lak gmbr aku dgn kembar aku ni....
korang nk tau x sebenarnya...
 ni
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;aku;

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
sorg 

;
;
;

;
;
;
;

;
;je

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
kata nk gmbr dpn cermin ...ha cam tu la jdnya....xdr kmbar pon..mak aku keluarkan aku sorg je mse lahir 21 tahun yang lpas..haha..

lau korang nk join gak click la atas tu..dy suh ltak banner dia tp aku xreti la..maklumla budak baru belajar kan..sesape yg baik hati nk ajar aku ...aku terima dengan tangan yg terbka ni...
tq..:)

Thursday, 17 March 2011

CONTOH SURAT MINTAK IZIN KAHWIN AWAL...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along


aku suka sangat dengan contoh surat ni..nak tau nape...sebenarnya aku dh lama terpikir-pikir mcmana la nk bt org tua faham dengan dunia remaja sekarang.. betul apa yang di rumuskan dalam contoh surat  tu..
tq bnyk-2 pada yang buat contoh surat ni... INGATLAH APE YG KITA BUAT XSEMUA ORG AKAN SUKA..setiap manusia ad pemikiran masing-2.. ape yang penting kita ingat Allah s.w.t.

Monday, 14 March 2011

KUASA ALLAH...keadaan d jepun selepas tsunami..

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.  amiin...






Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi 



Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada di luar rumah
selepas ranap akibat gempa bumi




Penduduk Iwaki berbaris panjang untuk mendapatkan makanan
yang terhad kerana bantuan kerajaan masih belum tiba.




Sampah hanyutan tsunami selepas 48 jam. Bekalan elektrik masih
terputusdan air bersih disalur menggunakan tangki statik




Mangsa tsunami yang terselamat dibawa menaiki kapal laut




Penduduk menggunakan alat khas mengesan sebarang tanda
kebocoran nuklear




Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup
di bawah runtuhan bangunan di Sendai




Pegawai agensi nuklear memantau keadaan seorang penduduk
yang disyaki terkena radiasi akibat kebocoran janakuasa nuklear




Bangunan runtuh menyembah bumi di Miyagi




Pegawai membawa seorang penduduk yang terkena sinaran
raidasi untuk dibawa ke hospital di Fukushima




Pasukan penyelamat membawa mangsa runtuhan yang
berjaya dikeluarkan selepas hampir 35 jam tertimbus




Kereta tertimbus dan terjunam ke dalam lubang yang
terbentuk selepas gempa bumi di Rikuzentakata




Keadaan loji tenaga nuklear fukushima Daiichi melalui udara
selepas tsunami




Keadaan loji No 1 fukushima Daiichi yang kali pertama
meletup semalam




Keadaan pekan Minamisanriku dari udara selepas tsunami.
Dikhuatiri lebih 300 orang hilang




Kapal tersadai dihanyut arus laut tsunami menghempap
rumah di Yamagata




Gerabak keretapi yang ditenggelami air selepas tsunami
melanda daerah padat penduduk di Sendai




Penduduk yang terselamat berlindung di atas bangunan
sementara menanti bantuan tiba




Lagi kapal yang dihanyutkan arus tsunami di daerah Sendai




Kanak-kanak perempuan diselamatkan petugas bencana
dan dibawa ke pusat penempatan sementara di Natori




Beginilah keadaan dari jarak dekat loji janakuasa nuklear
fukushima Daiichi selepas letupan pertamanya semalam




Mangsa warga emas dipapah sendiri oleh penduduk yang
terselamat dalam bencana gempa bumi di wilayah Ibaraki




Penduduk yang terselamat masih terperangkap dalam air tsunami
terpaksa menggunakan sampan buatan untuk keluar ke kawasan selamat




Keadaan sebatang jalan raya yang berombak akibat gempa bumi
dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter




Perhatiakan gelombang magnitud yang berwarna hitam dan ungu,
pusat gempa bumi Jepun yang hanya 320 kilometer dari Tokyo




Tsunami sedang mengehentam Natori 


Tsunami selepas hanya 30 saat menghentam Natori menyapu apa saja
yang berada di laluannya. Dianggarkan air laut masuk ke daratan sejauh
3 kilometer!

Ku tak Bisa Hidup Tanpa mu Sayang..


Mungkin diriku harus pergi
Selamanya darimu
Atau ku harus mengakhiri
Cinta ini kepadamu


Kini cintaku telah kau bagi
Tak sanggup ku hadapi semua ini


Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ku cuba untuk terus berlalu
Dari hatimu namun tak bisa
Bayangan itu sering mengganggu
Dari tidurku, ku menangis

Sayang mengerti la ayang hanya cintakan abang...

Sunday, 13 March 2011

Andai Mysayang tahu....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
walaupun just amik org punya ayat..tp apa yang dikatakan tu semua ada yg tersirat dalam hati ini.... 

Friday, 11 March 2011

Me n My Sayang

11 Mar 2011
 ni AQ n my sayang..comel x...he3...tp xpon...:P....aq suka gmbr sbb nmpk comel...geli r...aku sayang dy ,dy sAyang aq...ye ke..???
hahaha..mestila kan....ade ke tnya yeke...xpatot-xpatot...toink!!!
ni dekat the mall..mse tu aq nk blik kg...so sblm balik kitaorg jalan-2 la dlu...sbb aq nek bus mlm...sambil tgu-tgu borg-2 jd la gmbr ni..byk g gmbr lucu(bg aq la) he3...tp nk letak ke tidak eh...nanti la..nantila nk pk dlu....:P
xyah pk dh ada dh..jeng3....he3



my sayang.......muahhhh..:)

yg ni comel kan333...he3

ee xcomel betol...

Thursday, 10 March 2011

Outstation at PD...

hi salam...aq bru blik outstation at PD..hehe...aq duk sana 2 hari 1 mlm je..xsmpat nk duk lama lam hotel tu...bz ngan seminar je..xpenat sgt pon..just relax..dgr,mkn,dgr,mkn,dgr mkn..hehehe..tu je kje aq n the gengs (iqa,wana n penjga kami warden @ alif)..just joke ..peace...:P aq ingat nk post gmbr skali..tp dh larut mlm da...he3..cok la kot..

Tuesday, 8 March 2011

Zaman mude dulu-dulu...

Ni mase kecik-2 la...umo pn dh lupa dh bpe mase tu...aq dpt gmbr ni pon dari spupu aq maji rasyid. comel-2 kan semua....nk teka pic aq msti sushkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...