Monday, 14 March 2011

KUASA ALLAH...keadaan d jepun selepas tsunami..

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.  amiin...






Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi 



Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada di luar rumah
selepas ranap akibat gempa bumi




Penduduk Iwaki berbaris panjang untuk mendapatkan makanan
yang terhad kerana bantuan kerajaan masih belum tiba.




Sampah hanyutan tsunami selepas 48 jam. Bekalan elektrik masih
terputusdan air bersih disalur menggunakan tangki statik




Mangsa tsunami yang terselamat dibawa menaiki kapal laut




Penduduk menggunakan alat khas mengesan sebarang tanda
kebocoran nuklear




Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup
di bawah runtuhan bangunan di Sendai




Pegawai agensi nuklear memantau keadaan seorang penduduk
yang disyaki terkena radiasi akibat kebocoran janakuasa nuklear




Bangunan runtuh menyembah bumi di Miyagi




Pegawai membawa seorang penduduk yang terkena sinaran
raidasi untuk dibawa ke hospital di Fukushima




Pasukan penyelamat membawa mangsa runtuhan yang
berjaya dikeluarkan selepas hampir 35 jam tertimbus




Kereta tertimbus dan terjunam ke dalam lubang yang
terbentuk selepas gempa bumi di Rikuzentakata




Keadaan loji tenaga nuklear fukushima Daiichi melalui udara
selepas tsunami




Keadaan loji No 1 fukushima Daiichi yang kali pertama
meletup semalam




Keadaan pekan Minamisanriku dari udara selepas tsunami.
Dikhuatiri lebih 300 orang hilang




Kapal tersadai dihanyut arus laut tsunami menghempap
rumah di Yamagata




Gerabak keretapi yang ditenggelami air selepas tsunami
melanda daerah padat penduduk di Sendai




Penduduk yang terselamat berlindung di atas bangunan
sementara menanti bantuan tiba




Lagi kapal yang dihanyutkan arus tsunami di daerah Sendai




Kanak-kanak perempuan diselamatkan petugas bencana
dan dibawa ke pusat penempatan sementara di Natori




Beginilah keadaan dari jarak dekat loji janakuasa nuklear
fukushima Daiichi selepas letupan pertamanya semalam




Mangsa warga emas dipapah sendiri oleh penduduk yang
terselamat dalam bencana gempa bumi di wilayah Ibaraki




Penduduk yang terselamat masih terperangkap dalam air tsunami
terpaksa menggunakan sampan buatan untuk keluar ke kawasan selamat




Keadaan sebatang jalan raya yang berombak akibat gempa bumi
dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter




Perhatiakan gelombang magnitud yang berwarna hitam dan ungu,
pusat gempa bumi Jepun yang hanya 320 kilometer dari Tokyo




Tsunami sedang mengehentam Natori 


Tsunami selepas hanya 30 saat menghentam Natori menyapu apa saja
yang berada di laluannya. Dianggarkan air laut masuk ke daratan sejauh
3 kilometer!

Ku tak Bisa Hidup Tanpa mu Sayang..


Mungkin diriku harus pergi
Selamanya darimu
Atau ku harus mengakhiri
Cinta ini kepadamu


Kini cintaku telah kau bagi
Tak sanggup ku hadapi semua ini


Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ku cuba untuk terus berlalu
Dari hatimu namun tak bisa
Bayangan itu sering mengganggu
Dari tidurku, ku menangis

Sayang mengerti la ayang hanya cintakan abang...

Sunday, 13 March 2011

Andai Mysayang tahu....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
walaupun just amik org punya ayat..tp apa yang dikatakan tu semua ada yg tersirat dalam hati ini.... 

Friday, 11 March 2011

Me n My Sayang

11 Mar 2011
 ni AQ n my sayang..comel x...he3...tp xpon...:P....aq suka gmbr sbb nmpk comel...geli r...aku sayang dy ,dy sAyang aq...ye ke..???
hahaha..mestila kan....ade ke tnya yeke...xpatot-xpatot...toink!!!
ni dekat the mall..mse tu aq nk blik kg...so sblm balik kitaorg jalan-2 la dlu...sbb aq nek bus mlm...sambil tgu-tgu borg-2 jd la gmbr ni..byk g gmbr lucu(bg aq la) he3...tp nk letak ke tidak eh...nanti la..nantila nk pk dlu....:P
xyah pk dh ada dh..jeng3....he3



my sayang.......muahhhh..:)

yg ni comel kan333...he3

ee xcomel betol...

Thursday, 10 March 2011

Outstation at PD...

hi salam...aq bru blik outstation at PD..hehe...aq duk sana 2 hari 1 mlm je..xsmpat nk duk lama lam hotel tu...bz ngan seminar je..xpenat sgt pon..just relax..dgr,mkn,dgr,mkn,dgr mkn..hehehe..tu je kje aq n the gengs (iqa,wana n penjga kami warden @ alif)..just joke ..peace...:P aq ingat nk post gmbr skali..tp dh larut mlm da...he3..cok la kot..

Tuesday, 8 March 2011

Zaman mude dulu-dulu...

Ni mase kecik-2 la...umo pn dh lupa dh bpe mase tu...aq dpt gmbr ni pon dari spupu aq maji rasyid. comel-2 kan semua....nk teka pic aq msti sushkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...